Header Ads Widget

Teknik Memancing di Sungai Pelek dan Sungai Lukut


Teknik Memancing Di Sungai Pelek dan Sungai Lukut

Ini adalah antara teknik memancing yang digunakan oleh RiGiMaN dan rakan-rakan.

1. Mata Kail
- mata kail ada banyak jenis
- setiap jenis ada cara penggunaan nya
- mata kail jenis Circle Hook pilihan kami

2. Jenama Mata Kail
- untuk perkongsian ini saya tumpu pada jenama Fire Eagle Shinkai DX 4703

3. Size Mata Kail
- 12 untuk ikan kecil
- 16 untuk ikan sederhana
- 18 untuk ikan besar

4. Jenis Perambut
- pilihan kami teknik Appollo (mata kail di atas, ladung di bawah)

5. Penggunaan
- bila memasang umpan pastikan umpan itu tembus dan hujung mata kail keluar dari umpan
- bila sudah membaling umpan, pastikan tali sentiasa tegang, atau pastikan tali tidak terlalu kendur
- jika ada aksi ikan henjut rod anda, BIARKAN
- bila henjutan makin ketara, baru pegang rod dan bila ada ikan menarik tegangkan tali dan tidak menyentap rod dengan kuat

Rumusan
Teknik mata kail circle hook ini mampu menangkap ikan yang selalu terlepas bila anda tak dapat menyentap rod.

Ikan akan tercucuk mata kail bila dia menarik umpan. Sebab itu penting umpan ditembuskan dan tali kena tegang.

Saya sekadar kongsi apa yang saya tahu; usaha dan tawakal moga akan dapat hasil yang baik.

Sila ke Link YouTube RiGiMaN untuk bukti penggunaan circle hook ini.


Teknik Mudah Mengikat Appollo