Header Ads Widget

Kena Gigit Lalat Pikat di Jeti Mat Zen

Maklumat ni dari UKM info

"Horse flies (Diptera: Tabanidae) are of medical and veterinary importance, as their blood-sucking feeding habit enables them to transmit several disease-causing agents. In Malaysia, the family Tabanidae consists of 120 species belonging to eight genera."

Dari 120 spesis tu memang tak tau la mana satu yang gigit saya.

Nama Melayu lalat ni Pikat. Tak tau la sapa bagi nama ni. 

Hanya yang betina hisap darah yang jantan takde perangai sukakan darah.

Darah diperlukan untuk proses buat telur; 

Maklumat ni dari NatGeo info:

"pikat betina menghisap darah untuk menyediakan protein yang diperlukan dalam proses pematangan telur. Selama proses tersebut, pikat bisa menularkan patogen kepada manusia...."

Terus terang lalat ni gigit sangat sakit, itu pun kalau deria kita dapat kesan gigitannya.

Tengah mula hisap darah

Ni gambar pikat dah kembung hisap darah

Ni kesan sehari selepas kena gigit
Rasa gatal dan bahagian merah tu rasa kebas tebal

Disebabkan gigitan Pikat ni mungkin ada unsur2 tak baik maka saya pun pi ke klinik. 

Saya kena gigit kat merata bahagian badan, cuma kat siku dia berjaya hisap sampai kenyang. 

Di tempat lain semua sempat sedar bila sakit dan saya sempat tampar (tak kena).

Dapat ubat kurang bengkak dan antibiotik



Semoga disembuhkan tanpa masalah, Aamiin.

Akhir kata, 

Pikat ni kadang2 ada di jeti ni, selalunya takde. Dah 5 ke 6 kali pergi, 2 kali je ada Pikat, dan kali ni baru kena gigitan full.

Lenkali siap2 pakai insect repellent.

Pikat ni boleh gigit tembus baju, power betul makhluk ni.

Saya pakai tshirst lenggan panjang pun kena.

Dan dia gigit di siku, tempat yang deria kita kurang sensitif.

Sekian cerita kali ini.