Laluan ke jeti ini sangat teruk, hanya motorsikal dan pacuan 4 roda sahaja yang sesuai untuk ke situ.
Lopak-lopak air ini antara penghalang untuk kereta masuk.
Mengadap jeti pendek, laluan ke sana mungkin mudah kerana ada kereta di situ.
Jeti ini sangat panjang, kami perlukan 45 minit untuk mengangkut barang ke hujung jeti.
Setelah penat mengangkat barang kami layan kopi ais, sedap yang teramat
Pada waktu petang banyak kapal keluar dan masuk, untuk mengelak tali putus anda perlu cast di laut lepas.
Antara barang-barang yang kami bawa; kami memang tak lapar atau dahaga, semua ada :).
Suasana pagi di Marina Bay memang cantik.
Antara hasil yang ada di Marina Bay, walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya kami merasi pengalaman memancing di situ.
Berikut adalah video2 yang sempat kami rakam semasa di sana.
1) Keadaan laluan masuk dan keluar ke jeti panjang (akan datang).
2) Pemandangan di hujung jeti (akan datang).
3) Suasana lewat petang, malam dan pagi (akan datang).
4) Hidupan air Marina Bay
5) Ikan pelik