Header Ads Widget

Review Drone : Model A5S Dual Camera

Review Drone A5S Dual Camera

Tujuan saya beli drone ini untuk konon-kononnya nak buat drone memancing. Letak ladung di bawah drone dan ia akan hantar sejauh 100 meter ke tempat yang ada ikan.

Drone yang berharga dalam lingkungan RM149 (1 bateri) - RM199 (3 bateri).

Jangan terpedaya dengan segala spesifikasi yang diberi. Saya akan jelaskan satu persatu berdasarkan gambar iklan dan ayat-ayat manisnya.

Ayat di atas ini cerita pasal kemampuan ampungan (hovering) drone ini. Memang betul ia boleh terus hover tanpa perlu kita kawal. Tekan sahaja butang take-off (butang yang sama juga untuk landing) maka ia terus terapung dalam 5-6 kaki. 

Ayat ni satu pembohongan peringkat tertinggi. Tiada langsung butang untuk fungsi ini di remote nya atau dalam apps nya.

Ini adalah bukti apa yang saya tulis di atas adalah kebenaran tak pernah menipu. Segala butang dan tombol di atas berfungsi seperti yang tertulis, cuma ada fungsi yang salah guna ia akan pergi dan tak akan kembali.

Jangan terpedaya dengan gambaran di atas seolah-olah macam ada GPS, tak ada pun hanya simple petunjuk arah terbang.

Ini pun hanya penuh kepalsuan, Oh mungkinkah tiada keikhlasan....memang benar ada camera tapi takde la sampai 4K HD bagai. Cameranya betul boleh digerakkan atas dan bawah.

Inilah kameranya, video kamera depan hanya 2.1MP 1920x1080, manakala gambar 33.2MP 7680x4320. Berhentilah mengharap gambar dan video cantik yea. Camera bawah pula, tak payah mengharap langsung lagi teruk 😜. Oh...video takde bunyi yea.

Dan yang terakhir, ni pun kepalsuan juga. Apa gila sampai 3000 meter, itu dan sama 3km. Gila ke apa!!! Fungsinya wujud tapi takde la sampai 3km. Kalau on fungsi ni dia akan berhenti dari melanggar atau mengelak dari di langgar.

Kesimpulannya

1) Sila main di kawasan lapang. Jangan lah nak main dalam rumah. Tak sesuai.

2) One key return tu bukan nya dia patah balik ke tempat dia naik. Jika anda tengah bawa ia naik dan anda gerakkan ia ke depan dan kemudian anda panik dan tekan butang ni, dia akan undur, undur lagi dan lagi dan lagi...selagi tak cancel pengunduran ini ia akan undur sampai bila-bila.

3) Digalakkan main selama mana batteri pertama tak habis sepenuhnya (anggaran 15 minit). Tak digalakkan sambung main dengan meletakkan battery baru. Beri masa untuk motor drone ini untuk ambil nafas. Jika anda degil nak main juga, prestasi drone boleh jadi macam drunken master, kemungkinan terbang senget dan tak patuh pada controller.

4) Janganlah terbang ke atas dengan ketinggian melampau, tak percaya, cubalah. Digalakkan terbang dalam 20 kaki sahaja.

Rumusannya

Drone sesuai untuk newbie, tapi jangan mengharapkan ia seperti yang diiklankan.

Ia tak sesuai untuk tujuan asal.

Ia tak mampu pergi jauh.

Foto Dari Drone
Video dari Drone