Header Ads Widget

Jeti Memancing Mat Zen, Sungai Pelek, Sepang, Selangor : Siri 1


Pada yang tak nak membaca  boleh la tengok video ni. Ini video suasana di Jeti:

Jeti Memancing Mat Zen, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, Malaysia

Hanya yang kental dan cekal layak memancing di sini.

Sebab nak sampai ke sini pun agak mencabar.

Untuk sampai ke sini anda pakai Gps ni lokasinya 2.646994,101.730691, atau Google Map ke Jeti Memancing Mat Zen.

Laluan masuk betul2 kat tengah2 corner, maka berhati2 la yea.

Laluan ke jeti ni pulak 1 lorong je, maka kalu ada kenderaan lain kena la salah satu beralah. Pandai2 la bertolak ansur.

Tempat parking nya luas, sangat luas, boleh susun rasanya lebih 10 bus. Parking la sesuka hati takde sapa nak marah.

Keluar sahaja dari kenderaan anda akan di sambut dengan tenang oleh seekor anjing hitam, abaikan sahaja sebab dia akan buat tak tau je sebab dah beberapa kali datang memang dia buat tak tau. Cubaan nak kasi dia makan roti gardenia pun dia buat tak tau.

Jeti Memancing ni kat belakang bengkel. Diingatkan Ni bukan jeti percuma, kena bayar 1 rod RM3, kalau takde orang jaga, selitla duit kat atas meja kat situ, pandai2 la fikir.

Laluan ke jeti dalam 10 ke 15 meter. Kat laluan ni pulak ada kalanya ada beruk2. Ok yang ni kena hati2 sikit, kalau ada yang besor tu baik la fikir sejenak nak lalu atau tak. Elok bawa lastik siap2, takyah lastik betul2 acah2 lastik angin setakat ni dia lari, kalau degil juga lastik la betul2

Ada sambungan titi dalam 12 kaki dari struktur laluan ke jeti. Titi ni samada satu aras dengan jeti atau ia menurun kebawah, kalau air pasang ia datar, kalau surut ia menurun. Kat titi ni pelan2 la yea. Sebab ia bergoyang. Jangan panik kalau dah mula goyang. Tenangkan diri sebab takde benda betul2 kukuh yang ada utk anda pegang. Ini bukan main2 yea, salah imbangan memang boleh jatuh.

Tempat ni dulu sangkar ikan yang kemudian dinaiktaraf jadi tempat memancing. Takde tiang pacak ke dasar, semua pondok timbul dengan tong2 biru. Siapa yang senang  mabuk atau susah nak imbang badan berhati2 la ye. Bila bot lalu struktur jeti akan dilamun ombak.

Ada 7 pondok memancing dan hanya pondok 1 ke 4 yang ada lampu. Pondok ke 7 bumbung tak ada. Ada bumbung yang dah reput. Maka berhati2lah.

Memancing  siang atau malam dua2 ada cabaran.

Siang matahari dari pagi ke pukul 2pm akan berada di depan muka, panas gila.

Cabaran satu lagi; monyet. Tolong jaga segala barang2 anda, monyet2 ni tak akan teragak2 nak bawa lari barang2 anda tanpa rasa bersalah. Dan juga janganlah gatal nak bagi makan kat monyet2 ni, tak pasal2 lak nanti depa lepak terus kat jeti tu sebab ada makanan orang kasi. Pernah ada bot pelancong datang kasi makan, satu platoon monyet turun.

Malam pula siap sedia bertepuk tampar dengan nyamuk dan agas. Bawalah ubat nyamuk, kelambu, sarung tangan dan stokin. Percayalah sangat banyak dracula2 kecil dahagakan darah anda.

Bercakap pasal dracula, jeti ni agak dekat dengan kawasan perkuburan. Maka unsur-unsur suspen ada jugala. Pernah sekali memang jenis dracula perempuan bertenggek kat bumbung tengah atas jeti. Selalunya mende2 macam ni orang tertentu je rasa, maka lebih afdal bawa kawan2 yang takde deria berlebihan.

Ikan, ikan nya bagaimana? 

Kita tunggu di posting akan datang.

Pada yang tak tengok video boleh lah tengok sekarang:

Jeti Memancing Mat Zen, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, Malaysia

Cukup setakat ini dulu.



Kemaskini Jaringan

Siri 1 : Lokasi dan Suasana Jeti

Siri 2 : Ikan-ikan di Jeti