Header Ads Widget

Teknik Appollo Tepi Pantai

Teknik Appollo Tepi Pantai

Peralatan
1. Rod sesuai casting 7 kaki ke atas
2. Tali benang diameter 0.10-0.20 mm
3. Reel ringgan dan ratio tinggi minima 5
4. Appollo kertas putih dan Appollo putih berkilat size 8-14
5. Size ladung bujur panjang no 1 ke 3. 
6. Size jig micro 7g-30g, warna corak anak ikan

Lokasi dan masa
1. Pantai yang curam dangan kedalaman menurun hingga 5 meter
2. Waktu pagi semasa air sedang pasang atau surut

Penerangan Teknik 
Anda perlu pastikan lokasi yang anda bakal mencuba teknik ini sesuai. Jika pantainya mendatar dan keruh, tak perlu cuba kerana tiada ikan yang sesuai di situ. 

Jika lokasinya sesuai dan airnya tidak keruh maka anda kena sampai di pantai dalam pukul 630 ke 700. 

Perhatikan di permukaan air, ada tak ikan bermain. Cast di situ dan karau appollo dengan pelbagai kelajuan sambil menghenjut rod. 

Ulang beberapa kali sehingga ada hookup. 

Ubah tempat jika tiada hasil. 

Saya kongsikan video pertama kali saya guna teknik ini. 


Selamat Mencuba