Header Ads Widget

Penyepit Ikan


Saya dah beberapa kali pegang pengepit ni; tak tergerak hati nak beli; selepas terkena duri ikan belukang pada trip bulan lepas maka memang terus cari dan beli.

Pada trip di G3 dapatlah saya cuba pakai penyepit ni

Sangat-sangat berbaloi; memang sangat-sangat praktikal.

Walaupun memang lebih rasa  selamat untuk pegang ikan-ikan berbisa, anda masih perlu berhati-hati juga. Kalau terleka memang boleh kena sengat.

Saya dulu memang berani pegang ikan berduri; selepas merasa bisa sembilang, belukang dan baji saya lebih berhati-hati memegang ikan dan penyepit ini memang berbaloi untuk dimiliki.


Saya sangat galakan jika anda semua membeli penyepit ini.

Boleh didapati di kebanyakan kedai pancing 

Saksikan Video Penyepit ini di link dibawah