Bahasa Melayu
Kenapa saya tak rekomen Windshield (WS) Touring untuk Pulsar RS200:
1. Angin
Tinggi saya 178cm. Jika menggunakan WS asal, angin biasan akan berada di bahagian dada, tiada isu di sini. Bila menggunakan WS Touring, angin akan tepat kena di muka. Ini menyebabkan kepala anda akan bergoyang disebabkan angin yang menolak. Saya dah rasa dan kepala dan leher penat melawan angin.
2. Bunyi
Bunyi angin dari WS asal masih boleh diterima tetapi bunyi angin dari WS Touring berkali ganda kuatnya. Saya dah rasa dan memang tak tahan. Seumpama letak muka di depan kipas angin berkelajuan maximum.
3. Panas
WS original membolehkan angin sampai ke kawasan dada dan leher maka ada pengudaraan semasa riding. WS Touring menghalang angin maka memang agak panas riding dengan WS ini.
4. Pemasangan
Tiada mounting khusus untuk WS Touring ini jadi WS ini akan ditebuk dan diasah bagi memuatkan ia di tempat lubang WS asal. Disebabkan itu ada risiko kemungkinan pecah pada tapak asal WS dan pada WS itu.
Saya hanya mampu bertahan 1 hari sahaja menggunakan WS Touring ini. Penambahan WS Extender hanya mengurangkan sedikit masalah yg dihadapi.
Itu sebab saya tidak menggalakkan pemasangan WS Touring ini.
Tetapi, jika saya berjaya menyelesaikan 4 masalah ini, saya akan kongsikan caranya.
Kena lah tunggu dulu :)
Apa yang saya tulis di atas ialah berdasarkan pengalaman saya.
Klik di bawah untuk link video Touring WS
