Header Ads Widget

Okuma Ceymar Series Problem




Reel ni saya pakai sejak 2016, saya sangat sukakannya hingga saya ada 4 model reel ini termasuk yang limited edition.

Setelah berjasa menarik pelbagai jenis ikan, reel ini mula bermasalah. Mula2 sekali yang bermasalah ialah C-25 kemudian C-35 pun alami masalah yang sama.

Ini masalahnya:



Tali kerap masuk ke roller line guide. Ingatkan sebab tali pada C-25 halus sangat (Berkeley Fireline Crystal 6lbs) tapi bila C-35 yang pakai tali tebal (Strikepro Strikewire X8 12lbs) pun masuk ke roller line guide ini dah jadi masalah tipikal untuk jenama ini.

Ini ada video saya tunjukkan masalah secara lebih jelas:


Jika sesiapa tahu solusi untuk masalah ini, sila komen di youtube.

Terima kasih.