Kali ini saya share kan video dalam air "underwater video" di Jeti Mat Zen.
Video pertama ini agak keruh dan hanya nampak kelibat ikan sahaja.
Banyak sebenarnya ikan kat bawah jeti ni, kalau kena umpan yang betul memang banyak boleh naik.
Video kedua ni pula video ikan2 Belanak sedang galak makan telur dan sperma kupang hijau. Sangat banyak kupang dan ikan Belanak nie.
Bila masa macam ni ikan Belanak ni tak mau sentuh umpan. Ialah kenyang makan telur dan Sperma.
Kesimpulan dari video dalam air ni:
- banyak ikan di bawah jeti
- ikan ketang, bawal, seridin dan belanak sahaja yang nampak
- kena tangkap video lagi untuk cari ikan lain
- bila musim kupang mengawan ikan tak nak makan
Sila klik link di bawah untuk video bawah air Jeti Mat Zen
Video 1
Video 2

